? ??????????????Spot Colors? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 885 Total Grabs. ??????Pre
view?? | ??Get the Code?? ?? ?????Curtains Drawn? ????? ?? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??0 Grabs Today. 491 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Ins BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, October 12, 2009

Pyzam Glitter Text Maker
Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts

selamat mencuba

kepada pelajar-pelajar yang cikgu kasihi....di dalam blog ini cikgu ada sediakan sedikit nota, latihan dan juga kuiz mengenai tatabahasa...anda dikehendaki membaca dan membuat soalan yang telah diberikan..kita akan bincangkan jawapan di dalam kelas nanti ya...sebarang kemusykilan anda boleh menelefon saya di 019-3310103

Isu Semasa Dalam Dunia Pendidikan

Pendidik perlu sokong pemansuhan PPSMI - TPM

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru warga pendidik di seluruh negara menyokong sepenuh hati pemansuhan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) demi perubahan sistem pendidikan negara.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, golongan guru perlu memahami dan menghayati dasar-dasar baru kerajaan bagi menjelaskan kepada ibu bapa dan masyarakat tentang keputusan pemansuhan itu.

''Pastinya tidak elok kalau di kalangan warga pendidik berdebat ada yang pro dan ada yang kontra. Apabila kerajaan membuat sesuatu keputusan, ia memang ada rasionalnya.
''Justeru saya berharap sokongan 100 peratus dari kalangan warga pendidik atas dasar dan perubahan yang kita buat, biarlah sepenuh hati kalau tidak nanti ada yang berbelah-bahagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama warga pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Muhyiddin turut mengakui pencapaian PPSMI pelajar di bandar agak baik tetapi bilangannya amat rendah.

''Berdasarkan realiti ini kerajaan berpandangan bahawa sekiranya dasar PPSMI diteruskan, majoriti pelajar yang sederhana dan lemah dalam menguasai bahasa Inggeris akan mengalami double jeorpady (kesukaran berganda).

''Jika berterusan, dikhuatiri akan berlaku situasi defisit pengetahuan di kalangan pelajar di mana pelajar yang gagal menguasai konsep asas sains dan matematik menghadapi masalah untuk menguasai ilmu sains dan matematik di peringkat lebih tinggi," katanya.

Muhyiddin berkata, walaupun terdapat suara-suara yang membantah pemansuhan PPSMI terutama di akhbar dan blog, namun suara majoriti senyap harus diambil kira. ''Mungkin 80,000 yang tidak setuju (dengan pemansuhan ini) dalam blog, tapi dekat luar ada dua tiga juta lagi yang menyokong," katanya.

Beliau menambah, lima buah Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kampus bahasa Inggeris akan diwujudkan untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris supaya guru-guru bahasa Inggeris terbaik dan guru-guru terbaik dari luar negara dapat ditempatkan di kawasan luar bandar.

Ini termasuk menyediakan insentif khusus kepada guru-guru bahasa Inggeris yang bersedia berkhidmat di luar bandar. Katanya, enam jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI).

''Jawatankuasa ini bertanggungjawab memperincikan aspek latihan guru, kurikulum, penyediaan buku teks, logistik, personel dan penerangan demi kebaikan kualiti pendidikan kebangsaan," katanya.

http://www.slideshare.net/mohamednaim/kata-kerja-1812423

Saturday, October 10, 2009

KUIZ 2

KATA SENDI NAMA


Soalan 1 hingga Soalan 3 Lengkapkan ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


1. Syed Omar mula meminati bidang seni lukis _______ sekolah rendah lagi.

A dari
B sejak
C dalam
D daripada


2. Ingatannya ________ kampung halaman tidak pernah padam.

A oleh
B tentang
C dengan
D terhadap


3. Lukisan yang tergantung di dinding itu dilukis _____ ayah sewaktu di universiti.

A oleh
B sejak
C pada
D dengan


Soalan 4 hingga Soalan 6 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.


4. Piala pertandingan badminton yang saya menangi ada pada atas para-para itu.

A menangi
B pada
C para-para
D Tiada kesalahan


5. Pada petang itu, Hafiz berada dalam biliknya untuk menyiapkan kerja sekolahnya.

A Pada
B dalam
C untuk
D Tiada kesalahan


6. Mak Itam rindu akan anaknya yang sudah lama tidak pulang di kampung.

A akan
B yang
C di
D Tiada kesalahan


Soalan 7 dan 10 Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan . Bahagian yangbergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.


7. Kami terpesona persembahan gimnastik dari peserta negara China itu.

A terpesona persembahan gimnastik daripada
B terpesona oleh persembahan gimnastik dari
C terpesona oleh persembahan gimnastik daripada
D terpesona persembahan gimnastik dari


8. Setelah sampai ke rumah Pak Long, telefonlah ibu.

A bila sampai di rumah Pak Long
B apabila sampai ke rumah Pak Long
C setelah sampai di rumah Pak Long
D setelah sampai di rumah Pak Long


9. Peserta daripada negeri Pahang itu memenangi acara lumba lari 100 meter.

A Peserta di negeri Pahang itu
B Peserta pada negeri Pahang itu
C Peserta dari negeri Pahang itu
D Peserta daripada negeri Pahang itu


10. Di waktu pagi, saya membantu ibu menjual kuih dan nasi lemak.

A Di waktu pagi-pagi, saya membantu ibu
B Dari waktu pagi, saya membantu ibu
C Pada waktu pagi, saya membantu ibu
D Di waktu pagi, saya membantu ibu

Friday, October 9, 2009

KUIZ 1

Kata Kerja Transitif Kata Kerja Tak Transitif

Lengkapkan ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Pegawai kastam _____________ setiap penumpang yang keluar dari lapangan terbang.

A. menahan
B. menangkap
C. memeriksa
D. mengawas


Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

2. Perdana Menteri menasihatkan rakyat agar tidak boros berbelanja dalam menghadapi kemelesetan ekonomi.

A menasihatkan
B berbelanja
C menghadapi
D Tiada kesalahan


Bahagian yangbergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandugi kesalahan dan tandakanD jika tiada kesalahan.

3
Kanak-kanak berturut tungkus-lumus membersihkan kawasan taman permainan.

A berturut untuk tungkus-lumus
B berturut bertungkus-lumus
C turut bertungkus-lumus
D berturut tungkus-lumus

Tuesday, October 6, 2009

Latihan Kata Sendi

Soalan 1 hingga Soalan 3
Sebahagian daripada ayat-ayat di bawah ini telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mempunyai kesalahan dalam penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.


1. Pejabat Encik Daud yang terletak bersebelahan Kompleks Daya Sari telah dimasuki pencuri semalam.

A. Pejabat Encik Daud terletak bersebelahan Kompleks Daya Sari
B. Pejabat Encik Daud yang terletak sebelah Kompleks Daya Sari
C. Pejabat Encik Daud yang terletak bersebelahan dengan Kompleks Daya Sari
D. Pejabat Encik Daud yang terletak bersebelahan Kompleks Daya Sari


2. Sebaik saja saya tiba ke sana, saya telah diberitahu bahawa mesyuarat yang dijadualkan berlangsung pada hari tersebut telah dibatalkan.

A. Sebaik saja saya tiba di sana, saya telah diberitahu bahawa mesyuarat
B. Sebaik saja saya tiba sana, saya telah diberitahu bahawa mesyuarat
C. Sebaik saja tiba, saya ke sana saya telah diberitahu bahawa mesyuarat
D. Sebaik saja saja tiba ke sana, saya telah diberitahu bahawa mesyuarat



3. Saya sukar membezakan antara Talib dan kembarnya kerana wajah kedua-dua mereka serupa.

A. Saya sukar membezakan antara Talib dengan kembarnya kerana wajah
B. Saya sukar membezakan antara Talib daripada kembarnya kerana wajah
C. Saya sukar membezakan di antara Talib dan kembarnya kerana wajah
D. Saya sukar membezakan antara Talib dan kembarnya kerana wajah


Soalan 4 dan Soalan 5
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai.


4. I Oleh kerana demam, Hasni tidak pergi ke sekolah.
II Hadiah ini akan diberikan kepada pemenang pertandingan itu.
III Acara yang gilang-gemilang itu berlangsung hingga petang.
IV Kursus yang ditawarkan bersesuaian minat saya.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. II, III, dan IV sahaja
D. I, II, III, dan IV


5. I Saleh dan rakan-rakannya sedang berbincang tentang pelajaran mereka.
II Bas itu akan bertolak dari sini pada pukul 10.00 malam.
III Beg tangan itu mahal kerana dibuat daripada kulit buaya.
IV Ayah pergi pejabat dengan menumpang kereta Encik Maniam.

A. I dan III sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. I, II, III, dan IV

Latihan Kata Ganda

Latihan 1

Cari dan garisi kesalahan penggunaan kata ganda dalam petikan di bawah ini. Kemudian, tulis pembetulannya di dalam ruang yang disediakan.

1. Semua peserta-peserta diwajibkan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

2. Berpuluh kenderaan telah terperangkap dalam kesesakan itu.

3. Murid-murid di kelas itu bijak-bijak belaka.

4. Rambut pengemis itu sangat kusut-masai.

5. Dedaun-dedaun pokok itu berguguran apabila ditiup angin.

6. Hamid mengangguk-anggukkan kepalanya berkali-kali tanda bersetuju dengan rancangan itu.

7. Budak-budak itu saling tuduh-menuduh sesama sendiri.

Pembetulan
1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.


Latihan 2

Sebahagian daripada ayat-ayat yang berikut telah digarisi. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan, tandakan D.

1. Semua mangsa-mangsa kebakaran itu telah dibawa ke hospital.

A Semua orang mangsa-mangsa kebakaran
B Semua mangsa kebakaran
C Kesemua mangsa-mangsa kebakaran
D Semua mangsa-mangsa kebakaran

2. Pelumba-pelumba basikal itu saling potong-memotong ketika menuju ke garis penamat.

A Pelumba-pelumba basikal itu saling potong-potong
B Pelumba basikal-basikal itu saling potong-memotong
C Pelumba-pelumba basikal itu potong-memotong
D Pelumba-pelumba basikal itu saling potong-memotong

3. Beribu penduduk di pulau itu terkorban dalam kejadian gempa bumi.

A Beribu penduduk-penduduk di pulau itu terkorban
B Beribu-ribuan penduduk di pulau itu terkorban
C Beribu-ribu penduduk di pulau itu terkorban
D Beribu penduduk di pulau itu terkorban

4. Suasana menjadi sungguh riuh-rendah apabila seluruh keluarganya berkumpul.

A Suasana menjadi sangat riuh-rendah
B Suasana menjadi riuh-rendah
C Suasana menjadi riuh-rendah sungguh
D Suasana menjadi sungguh riuh-rendah

5. Pepohon-pepohon itu menjadi tempat kami berteduh pada waktu tengah hari.

A Pohon-pohon itu menjadi tempat kami berteduh
B Pepohon-pepohonan itu menjadi tempat kami berteduh
C Pohon-pepohon itu menjadi tempat kami berteduh
D Pepohon-pepohon itu menjadi tempat kami berteduh

Monday, October 5, 2009

Nota Kata Ganda

Kesalahan dan Pembetulan Penggunaan Kata Ganda

1. (a) Semua murid-murid sedang berhimpun di padang.(salah)
(b) Semua murid sedang berhimpun di padang. (betul)

Penjelasan : Jika kata bilangan seperti semua, beberapa, banyak, dan sebagainya digunakan, kata selepasnya tidak perlu digandakan kerana kata bilangan tersebut sudah membawa maksud jamak.

2. (a) Anak-anak Mak Yam sudah besar-besar belaka. (salah)
(b) Anak Mak Yam sudah besar-besar belaka. (betul)

Penjelasan : Oleh sebab kata ganda seluruh yang terdiri daripada kelas kata adjektif sudah membawa maksud jamak, kata nama yang diterangkan oleh kata adjektif itu tidak perlu digandakan.

3. (a) Taman itu dipenuhi pepohon-pepohon rendang. (salah)
(b) Taman itu dipenuhi pepohon rendang. (betul)

Penjelasan : Kata ganda separa yang membawa maksud jamak seperti pepohon dan dedaun tidak boleh digandakan.

4. (a) Asmadi memanggil-manggil nama adiknya berkali-kali. (salah)
(b) Asmadi memanggil-manggil nama adiknya. (betul)

Penjelasan : Kata ganda berimbuhan memanggil-manggil sudah membawa maksud berulang-ulang. Oleh itu, kata berkali-kali tidak perlu lagi digunakan.

5. (a) Berbagai projek akan dilaksanakan di kawasan itu. (salah)
(b) Berbagai-bagai projek akan dilaksanakan di kawasan itu. (salah)

Penjelasan : Kata ganda berimbuhan yang menyatakan makna bilangan tidak tentu tidak boleh disingkatkan.

6. (a) Sebagai jiran tetangga, kita perlulah saling tolong-menolong. (salah)
(b) Sebagai jiran tetangga, kita perlulah tolong-menolong. (betul)

Penjelasan : Kata ganda berimbuhan tolong-menolong sudah membawa maksud ‘saling’. Oleh yang demikian kata saling tidak diperlukan lagi dalam ayat tersebut..

7. (a) Jalan itu sangat licin-licau apabila dibasahi hujan. (salah)
(b) Jalan licin-licau apabila dibasahi hujan. (betul)

Penjelasan : Kata ganda bersajak licin-licau sudah membawa maksud ‘sangat’. Oleh itu, kata penguat seperti sangat atau sungguh tidak diperlukan lagi dalam ayat tersebut.

Nota Kata Kerja

Tatabahasa : Kata Kerja

1. Kata kerja ialah kata yang menunjukkan perbuatan.

2. Perbuatan dilakukan oleh manusia, binatang, atau benda.

3. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
(a) kata kerja transitif
(b) kata kerja tak transitif

4. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti objek selepasnya untuk membentuk predikat ayat.

Contoh : Kakak membasuh baju.

“Membasuh” ialah kata kerja transitif manakala “baju” pula ialah objek bagi kata kerja “membasuh”. “…membasuh baju.” merupakan predikat bagi ayat tersebut.

5. Kata kerja transitif dapat dibahagikan pula kepada dua, iaitu:
(a) kata kerja transitif dalam ayat aktifContoh : Puan Minah membuka pintu bilik.
(b) kata kerja transitif dalam ayat pasif.Contoh : Pintu bilik dibuka oleh Puan Minah.

6. Kata kerja tak transitif ialah kata yang tidak memerlukan objek selepasnya.

7. Kata kerja ini boleh berdiri sendiri sebagai frasa kerja untuk bertugas sebagai predikat ayat.
Contoh: Kumar berenang..
“Berenang” ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek selepasnya.

8. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua, iaitu
(a) kata kerja tak transitif tanpa pelengkapContoh : Ibu saya masih tidur.
(b) kata kerja tak transitif berpelengkapContoh : Kami tinggal di Seremban.

Nota Kata Sendi Nama

Kata Sendi Nama

1. Kata sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa Melayu.
2. Kata tugas lain tidak membentuk frasa.
3. Kata tugas digunakan sebelum kata nama dna frasa nama.
4. Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.

Lihat contoh-contoh di bawah:

Sendi Nama DAN Tugas/contoh:

1. di
Menunjukkan tempat (di pejabat)
Menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci)

2. ke
Menunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia)
Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam)

3. dari
Menunjukkan tempat satu arah datang
Menunjukkan waktu atau masa

4. kepada
Menunjukkan sasaran/ditujukan
Menunjukkan bahagian sesuatu
Menunjukkan perubahan keadaan

5. daripada
Menunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri)
Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga)
Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada)

6. pada
Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen)
Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya)
Menunjukkan keterangan waktu (bermula pada tengah malam)

7. untuk
Menunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu)
Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja)

8. bagi
Menunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid)
Derma bagi pelarian Afghanisatan itu dilarikan orang.

9. demi
Menunjukkan tujuan
Menunjukkan urutan
Untuk menegaskan sesuatu

10. tentang
Menunjukkan rujukan

11. dengan
Menunjukkan turut serta
Menunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan
Menunjukkan benda yang digunakan
Menunjukkan persamaan

12. sejak, semenjak
Menjadi penanda waktu atau masa

13. terhadap
Menunjukkan rujukan yang tentu

14. oleh
Menunjukkan pembuat dalam ayat pasif
Menunjukkan sebab

15. akan
Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif

16. hingga, sampai
Menunjukkan had masa atau peringkat

17. seperti, bagai, umpama, laksana, bak
Menunjukkan perbandingan